CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

berjalan di bumi tuhan

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, February 29, 2012

bola itu bulat. hidup itu sementara.




assalamualaikum.

aku bukan nak cerita pasal bola itu bulat dan hidup itu sementara. 
bukan.

aku ke klinik td.
buat medical check up setelah 5 hari 5 malam dipaksa oleh mak aku. 
tak boleh register degree nanti.
katanya.
mulanya memang degil x nak buat.
nak tggu mak aku bebel 7 hari 7 malam baru aku igt nak buat.
tapi disebabkan mak aku dah hulur kat aku selepuk RM100 nak tak nak terpaksa la buat. terpaksa okey !

masuk klinik terus sakit mata.
hamek kau orang beratur panjang.
duduk diamdiam dan tengok gelagat org.

mulanya dekat kaunter,
aku fikir pembantu klinik tu sakit gigi kot.
cakap kat pesakit langsung tak SENYUM.
LANGSUNG okey.
atleast kau senyum la sikit.
bila aku senyum pn dia buat x tau.
dan aku rasa macam CINTAKU BERTEPUK SEBELAH TANGAN !

then bila aku duduk sambil tggu doktor panggil,
aku terdengar perbualan makcik pakcik suami isteri kat sebelah aku.
okey, aku tau x sopan la kan nak dengar org tuatua cakap.
tapi aku terrrr..
MAKCIK : mane ni, lambat betul.
PAKCIK : *aku x dengar pakcik tu jwb ape
MAKCIK : set** betul ! kalau da cakap la da, kalau belum cakap belum.
 dan aku speechless secara sopan di sebelah mereka.
mungkin makcik tu terlalu sakit sampai dia x sabar menunggu giliran dia dipanggil.
cuma aku fikir, kalau generasi tuatua pun pandai mencarut, generasi yg mudamuda ptt la lg pandai kan.

seterusnya kejadian selepas aku di X-RAY.
berlaku kesilapan dekat X-RAY aku sebab aku x bukak rantai leher yg aku pakai.
then bila da siap d X-RAY sume tu, pembantu klinik yg meng X-RAY aku panggil.
dia pandang dengan muka ketat dan tanya : U tak bukak rantai leher U ke td ?
aku jwb je lah x, u x suruh pn. then dia cakap, tgk da salah. *sambil tunjuk gambar X-RAY aku.
aku cuma buat muka blur je di situ.
dalam hati *memang la harihari aku buat medical check up sampai aku bole igt nak bukak rantai tu pn !
pastu dia cakap : memang sepatutnya i ckp kat u, tanggalkan rantai tu.
aku : ouh, xp la. benda nak jadi. bia jela X-RAY tu macam tu. saya x kisah pn. 
dalam hati, *eleh, nak mintak maap lettew..
rupanya hampehhh ! dia siap pesan kat aku : nanti kalau doktor tanya U cakap U yang lupa nak tanggal tau.
dan aku rasa macammm, fine ! kalau aku jumpa kau lagi lepas ni, aku cakarcakar muka kau !

bila kat kaunter, da settle bayar ape semua, still pembantu klinik tu x senyum. 
sakit gigi lagi lettewww..
*kesah pulak aku.

monyet pn pandai nak senyum tau !



manusia oh manusia.


p/s : rindu la dekat boipren ittew ! *tetibe


Tuesday, February 28, 2012

selimut

aku sayang dia.
aku cinta dia.
hari ini aku hidup sebab dia.
dia segalanya.

p/s : dia mak aku. bukan mak engkau.

Monday, February 27, 2012

bulat



dunia ini bulat. 
hari ini aku buat engkau.
esok lusa orang buat aku.

bila sampai masa orang buat aku,
aku harap aku kuat.

p/s : maaf.

Saturday, February 25, 2012

adam dan hawa.




hari ini pagi datang lagi
rutin harian masih sama macam semalam dan semalamnya lagi.
bosan.
sampai bila nak macam ni ?
5hb nanti mungkin akan bz kembali.
menghadap buku sampai tak de masa nak goyang kaki.

tuhan,
bagi aku kekuatan hati.



ps: manusia tak pernah bersyukur kan ?

Friday, February 24, 2012

hujan emas di negeri orang, hujan duit di negeri aku.

bila hujan turun, menandakan sudah sampai waktu untuk aku pejam mata lajulaju dan tidur dalam kelambu.


p/s : ada nikmat disebalik hujan :)

menangis dalan hujan orang x tau kan ?


gerimis mengundang

tengah aku sedapsedap nak tido aku dikejutkan dgn bunyi msg. oke, aku benci pengirim msg itu ! jgn jd hidung kemek pipi tersandungsandung boleh ?? 

erh, lupa pulak !

assalamualaikum..

terus x jd nak tido akibat diganggu pesanan sms tidak diundang.
*rindu pulak nak dgr lagu gerimis mengundang.*
erk, ade kene mengene x ??

ouh ya, untuk si pengirim pesanan tersebut,
anda sgt EUWWWWWWWW..
jelas dgn maksud saya ???

sekian,
terima kasih.


p/s : memaksa org lain untuk menyukai atau menyayangi anda umpama memaksa diri anda untuk ketawa sdgkan hati anda sdg berduka:)


awan biru.

menghirup udara petangpetang lagi bagus dari tengok drama petangpetang kan ? *tetibe

btw, fuhhhh cket dekat belog yang berhabuk ni !

aku agak stress barubaru ini memandangkan sibok menyiapkan persiapan menyambut kedatangan orang baru. bahahaha. oke, merepek je.

ouh ye, aku da berenti kerja kat kfc.
hampir sebulan la jgk.
dan aku rasa sgt HEAVEN !
anda bile lagi ?? hakhak.

sekarang aku sibok dgn aktiviti pengambilan lesen kereta. hebat bukan ? haha.
brother yang ajar aku bawak kereta tu bermuka kerek sahaja.
bajet aku takut lettewww..

aku risau ! sangat risau bila mempikirkan nasib borangborang yang aku perlu sediakan untuk register degree nanti. satu hape pun x siap punn. mati la mcmni punn !
dan, di saat rakanrakan tadika aku yang lain sudah disahkan peminjaman ptptn mereka, aku baru sahaja terkedekkedek sambil makan keledek nak mengisi borang dia.
oke, fine. makihamun diri sendiri. 

kesimpulannya, saya semakin bahagia dengan hidup saya.
k,bai.

p/s : semakin hari semakin banyak benda perlu dipikirkan.
da tak berminat nak jadi manusia. bole ?



Friday, February 3, 2012

rezeki

alhamdulillah.
semalam check result application degree aku
and ini hasilnya,
                                               

Nama :
NURFATIHAH BINTI AMMAD @ AHMAD
No K/P Baru :
92102210****
Program :
LW213 - SARJANA MUDA PENGAJIAN
UNDANG-UNDANG (KEPUJIAN)
Kampus :
UiTM Shah Alam

syukur sgt. memang ini yg aku nak. semoga 
aku kuat menghadapi ujian sbg
'pelajar undang2'