CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

berjalan di bumi tuhan

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, August 27, 2012

meriam buluh :)

duit raya aku dah habes buat bayar bil BEROKband yang tertunggak dah 3 bulan.
jadah ape mukadimah nak mengaibkan diri sendiri ?
HARHAR !
well, 
sekejap dah 8 syawal.
nengok orang lain sebok nak ngapdate pasal raya,
maka aku pn terganggu gugat.
btw,
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN 
dekat semua yang kenal aku, 
especially
member2 lame yg dah bertaun x jumpe.
mgkin mereka dah beranak pinak.
member2 kat uitm merbok dulu,
member kat uitm shah alam,
pensyarah2 dan bekas pensyarah uitm kedah dan s. alam.
cikgu2 lama,
jiran2, sedare mara.
boipreng dan bekas2 boipreng (eceh !)
arh ! semua lah.
kang pakinson jgk tangan aku nak naip sorang2.
sebagai pencuci mulot, uolss nengok lah gegambo raya yg aku culik kat pesbuk kakak aku ni :)


aku harap x de org salah paham dgn mengatakan bahawa seliper jepun yg mak aku pakai tu adalah kasut raya beliau.
tidak. serious bukan.


mereka bukan calon2 ustazah pilihan.
mereka adalah kakak2 dan anak buah aku.


budak sebelah aku tu mmg suke interprem.
abaikan dia.
fokus pada muka sesuci lebaran aku.


anak2 adalah amanah tuhan.
ibu bapa lah yang mencorak masa depan mereka.
EH, tetibe !

oke,
itu saja.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI sekali lagi.
maafkan segala kesalahan yang lalu.
kita 0-0 oke !

ps  : iklan raya BERNAS yang ade budak buta n budak bisu tu sedih gila kan ? sobsss



Saturday, April 28, 2012

DOA





JANGAN.


jangan biarkan aku hanyut.

jangan biarkan aku jadi hamba nafsu jahanam.

jangan biarkan aku lupa pada indahnya syurga.

TOLONG. JANGAN.


p/s : lindungi kami. restui kami. jodohkan kami.

Thursday, April 26, 2012

saintis.




aku rasa macam nak cipta satu alat yang boleh buat orang jatuh suka kat aku.
bila aku pakai je alat tu, semua orang akan senyum bila nampak aku.
alat tu jugak boleh buat semua orang beratur nak kawan dgn aku.
dengan alat tu,aku x kan nampak annoying depan orang and semua orang akan teruja nak beramah mesra rakyat dgn aku.
KaN BEST !

ahh, guna minyak pengasih jela camni !!

p/s : hadapi dengan senyuman. yang berlalu biarkan berlalu :)

Saturday, March 24, 2012

put a smile and move on !



hari ke 21 melangkah ke degree of law.
perasaan masih sama.
takut. risau.
kemain la lagi nak risau la bagai kan.
hari ni sudah up sedikit setelah di brain wash oleh diri sendiri.
sedih bukan ? 
sendiri down sendiri kasi up.
haha.

btw, aku belajar something di sini.
 semalam dan semalamnya di saat aku down x pasalpasal hanya kerana ayat sinis seorang insan yang mungkin didatangkan oleh ALLAH untuk menguji aku,
aku sedar yang aku bukan sorang.
masih ramai yang sudi bagi motivasi kat aku.
*sumpah aku terharu gila bila hampa duk bagi ayat power kat aku*
huhu.

la ni,
aku habaq kat hampa suma, aku nak belajaq rajinrajin.
biaq pi org nak kata apa kat aku.
depa nak kata aku loner ka, x layak jd lawya ka,
aku tak heran da.
yang nak jd lawya sat g aku, bkn depa !
haha.
toooodiaa semangat kemain.

oke,
mood serius balik.
aku tak tau sejauh mana kaki ni nak melangkah,
tapi aku nak cuba jgk sbb ni ape yang aku nak.
even kalau aku terkandas ke, fail ke, at least aku da cuba kan.
betul la macam yg kakak aku habaq dlm fb,
katanya,
Normala Ahmad Kebimbangan dalam diri dibuat oleh kita sendiri. Kita ciptakan kebimbangan dalam fikiran melalui khayalan yang melambung tentang sesuatu perkara...padahal benda tu very easy! hihihi
11 hours ago ·  ·  2

*tetibe nak jd motivator utk diri sendiri pulak.kui2*

toodiaa, lawya to be !

~kadang kadang Allah menghadirkan UJIAN untuk membuat kita jatuh dan putus asa kerana DIA mahu kita belajar untuk berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain selain dariNYA. ;)
~sebelum dapat barang yang baik, ALLAH akn duga hambanya dulu.
~berhenti mengeluh & terus berani menempuh cabaran dan ujian dgn kudrat yang ada.
~if people are trying to bring you down,it only means that u are above them.

p/s : utk yang bagi motivate via fon, fb and direct,
thank sgt. korang buat aku rasa macam hotsetap ! haha.



Wednesday, March 14, 2012

sedetik lebih.




bila bosan dan kenyang macamni buat aku rasa macam nak mengangkang atas katil sambil hapdet blog lajulaju.
haha.

tibetibe teringat masa kecikkecik zaman menanges hentakhentak kaki bile x dapat gegula dulu tu. hikhik.
dulu kan, aku pernah bercitacita nak kawen dgn sorang budak sama kelas dgn aku masa tadika.
kecikkecik da gatai nak mampuih !
tp nak wat ashamnee. awak omeyy, ittew uke engok awakk. hikhik ! malu la ittewww..



lepas tu, bila zaman da berubah.
dunia da maju.
aku mula beralih arah.
masa tu zaman novel.
so lelakilelaki yang jadi pojaan hati adalah seperti lelaki dalam watak novel.
kelasss kau jah !
dalam banyakbanyak novel, novel yang paling bagi pengaruh kuat kat aku ialah ADAM HAWA, yang mana heronya adalah seorang pilot.
maka start dari itu, aku pn memasang anganangan untuk bersuamikan pilot, haha.
bajet macam semua pilot hemsem la kan.
puihh.

ehem ehem !

seterusnya
tiba pula zaman NUR KASIH.
dan aku terus mengidam nak dapat boipreng macam ADAM yg dilakonkan oleh REMY ISHAK.
kalau bawak balik jmpe mak, mesti mak setuju.
euwww,, bajetnyewww.
haha.

jom saya bawak awak jumpa mak saya ! kihkih.


tak lama lepastu aku menonton filem ADNAN SEMPIT bersama rakanrakan sekolah.
salah satu dialog yang aku ingat dalam cerita tu lebih kurang begini.
ehem,,ehem..'wa tak layan mat moto derrr, wa layan yang ada bumbung je..bla..bla...'
kua je dr panggung wayang terus rasa macam nak carik boipreng yang memiliki kenderaan berbumbung.
driver bas dan pakcik beca pn bole.
haha.

macam ni pn da oke, asalkan berbumbung.
haha


oke. oke.
motip nak bercerita begini ??
saja nak habaq kat hang yang pemikiran manusia mudah dipengaruhi oleh keadaan semasa dan persekitaran mereka.
hang x caya ?
cuba hang ingat balik masa zaman NUR KASIH dulu.
mesti makcikmakcik kat kampung hang penah habaq lagu ni.
" kalau la si adam tu jd menantu aku, kan baguihhh '
x pn macamni,
"eden bokonan bona dgn si NUR tu ha. kalau jd ank eden, sejuk la skit porut eden ni haaa "
ade kan ? kan, kan ?

p/s : mengidam nak makan poketfull kat kepci dgn boipreng ittew nu haaa..


Sunday, March 11, 2012

kanan dan kiri.



kanan dan kiri.
ada dua pilihan sekarang ni.
dan jawapannya aku sendiri x pasti.
kalau aku pilih kanan, selamat ke aku nanti ?
kalau aku pilih kiri, akan sampai ke aku ke destinasi ?
entah !
x siapa tahu rahsia yang tersembunyi.
yang pasti kanan dan kiri itu akan penuh dengan onak dan duri.
semoga aku, dia dan mereka x salah melangkahkan kaki.




p/s : ilmu, satu perjalanan yang panjang.

Friday, March 9, 2012

lagi



hati.
kau menangis sendiri lagi.
tanpa alasan yang kau sendiri kurang pasti.


p/s : kuatlah hati !